Ardern menang Pilihan Raya New Zealand

0
91

CYBERJAYA – Jacinda Ardern berjaya memenangi penggal kedua sebagai Perdana Menteri New Zealand dengan kemenangan besar susulan kejayaan beliau menangani wabak Covid-19 di negara tersebut.

Proses pengiraan undi masih berjalan, tetapi menurut CNN, daripada 77 peratus undi yang dikira, Parti Buruh yang diketuai Ardern berjaya mendapatkan 49 peratus undi.

Lawan kepada Ardern, Judith Collins daripada Parti Nasional setakat ini hanya mendapat 27 peratus daripada undi yang telah dikira.

Collins dilaporkan telah menghubungi Ardern untuk mengucapkan tahniah di atas kemenangan beliau dan ‘mengakui kekalahan’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here