AS luluskan penjualan senjata kepada Taiwan

0
59

CYBERJAYA – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan penjualan sistem senjata kepada Taiwan bernilai kira-kira USD1.8 bil (RM7.47 bil), kata Pentagon, semalam.

Menurut Reuters, penjualan tersebut meliputi sistem peluru berpandu, artileri dan peralatan sensor.

Antara pembelian yang diluluskan termasuk sistem pelancar roket Sistem Artileri Roket Mobiliti Tinggi (HIMARS) buatan Lockheed Martin Corp., peluru berpandu AGM-84H dan peralatan sokongan buatan Boeing Co., dan sensor pengesan MS-110 Recce buatan Collins Aerospace.

Kementerian luar dan pertahanan Taiwan mengalu-alukan kelulusan ini dan menambah, perolehan ini mengukuhkan lagi pertahanan negara tersebut.

“Penjualan senjata ini menunjukkan bahawa AS amat mementingkan kedudukan strategik wilayah Indo-Pasifik dan Selat Taiwan, dan secara aktif membantu kami dalam memperkuatkan kemampuan pertahanan dengan menyeluruh,” kata Kementerian Pertahanan Taiwan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here