ATM aturgerak anggota bantu tangani Covid-19 di Penjara Pokok Sena

0
58
GAMBAR IHSAN ATM

CYBERJAYA – Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengaturgerak sepasukan pegawai dan anggota daripada B Komp 2 Bn Ubat ke Penjara Pokok Sena bagi membantu menangani penularan Covid-19 di lokasi tersebut.

Menurut Markas Divisyen Kedua Infantri dalam satu kenyataan sebentar tadi, tim teknikal yang diketuai oleh Kol. Dr. Mohd. Arshil Moideen telah berada di lokasi tersebut bagi membantu pihak berkuasa tempatan mendirikan sebuah Makeshift Treatment Centre (MTC) yang akan digunakan bagi merawat tahanan dijangkiti Covid-19.

B Komp 2 Bn Ubat telah mengaturgerak aset logistik iaitu khemah yang akan digunakan sebagai wad ICU, pusat nyahkuman, donning and doffing station, khemah pengurusan bahan buangan klinikal, makmal, bilik gerakan dan shower system untuk petugas serta set generator.

Selain ATM, pihak lain yang terlibat dalam pembinaan pusat sementara ini termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Penjara, anggota Hazmat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Syarikat konsesi Edgenta, petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan SADA (Syarikat Air Darul Aman).

Seramai 2 pegawai perubatan, 5 anggota paramedik dan 2 anggota Semboyan pasukan ini akan turut ditempat di pusat tersebut sepanjang pengoperasian pusat ini yang dijangka akan mula beroperasi pada 20 Oktober depan.

Aturgerak aset dan pegawai serta anggota tentera bagi misi ini akan diletakkan di bawah pemantauan Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here