Bandar Shaoxing, China mulakan program vaksinasi kecemasan ke atas penduduknya

0
99
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Bandar Shaoxing di wilayah Zhejiang di China akan mula mengedarkan vaksin Covid-19 kepada semua penduduknya.

Menurut Reuters, pengedaran ini merupakan sebahagian daripada program kecemasan yang diambil oleh kerajaan China bagi memastikan penduduknya dilindungi daripada wabak berkenaan.

Kesemua penduduk bandar tersebut yang berusia di antara 18 hingga 59 tahun daripada golongan yang tidak berisiko boleh memohon secara atas talian, kata pihak berkuasa kesihatan bandar tersebut dalam laman media sosial miliknya, semalam.

Walaubagaimanapun, mesej tersebut tidak menamakan vaksin yang akan digunakan dan jumlah dos yang sepatutnya diterima.

Individu yang memilih untuk menerima vaksin ini perlu memberikan sebab kenapa mereka dipilih, dan perlu membayar 400 yuan (RM249.40) bagi dua dos, dan 28 yuan (RM17.46) bagi setiap dos tambahan.

Setakat ini, ratusan ribu penduduk China telah diberi dos vaksin eksperimental tersebut sejak program kecemasan ini dilancarkan Julai lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here