Barangan perubatan dihantar Ustaz Ebit selesai diagihkan

0
49
Sebahagian barangan perubatan yang dihantar oleh Ustaz Ebit

CYBERJAYA – Barangan perubatan yang dihantar oleh penceramah terkenal, Ebit Lew dengan menggunakan pesawat kargo semalam, selesai diagihkan hari ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew berkata, semua bekalan tersebut selesai diedarkan dalam tempoh dua hari sahaja dengan bantuan sukarelawan di Sabah.

“Syukur 10 kru sukarelawan kami di Sabah yang diketuai oleh Ikhsan Helzy menjalankan perniagaan kereta sewa. Senang mereka bergerak ke sana sini.

“Bantuan di hantar ke Hospital Tawau, Pejabat Kesihatan Lahad Datu, Hospital Semporna, Hospital Kudat, Hospital Tuaran, Menggatal, Semporna dan beberapa tempat lain,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Antara lokasi barangan perubatan yang dihantar oleh pasukan sukarelawan di bawah kelolaan Ustaz Ebit

Ustaz Ebit berkata, pasukan sukarelawan itu
bergerak sepanjang hari sehingga ke waktu malam untuk mengagihkan kesemua barangan tersebut.

Sementara itu, Ustaz Ebit berharap semoga Sabah kembali seperti sedia kala dan pulih daripada wabak Covid-19.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here