China lakukan 11 juta ujian Covid-19 dalam masa 5 hari

0
49

CYBERJAYA – China berjaya melakukan kira-kira 11 juta ujian saringan Covid-19 hanya dalam masa lima hari di bandar di timur Qingdao selepas beberapa kes baharu dikesan pada hujung minggu lalu.

Pihak berkuasa kesihatan China mengesan sebanyak 13 kluster jangkitan di bilik imbasan CT Hospital Qingdao Chest, lapor Bernama memetik memetik Agensi Anadolu.

Penularan itu dipercayai berlaku ekoran penggunaan bilik pesakit Covid-19 secara bergilir tanpa menjalani proses disinfeksi yang betul.

Ekoran itu pihak berkuasa mengarahkan kemudahan perubatan itu ditutup sejak Ahad lalu.

Sekurang-kurangnya dua pegawai dikenakan tindakan berikutan kemunculan kluster itu.

Presiden Hospital Deng Kai dipecat manakala Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Sui Zhenhua digantung tugas.

Kluster Qingdao mencetuskan kebimbangan berikutan China sudah mengumumkan kejayaan mereka melawan wabak itu bulan lalu.

Sejak jangkitan pertama dilaporkan di Wuhan, wilayah Hubei pada Disember lalu, China sudah melaporkan 85,646 kes termasuk 4,634 kematian dan 80,759 pemulihan. 

Dalam ujian besar-besaran yang dijalankan, China mewujudkan lebih 4,000 tempat pengumpulan sampel yang dikendalikan oleh lebih 10,000 petugas perubatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here