China setuju beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia

0
965
Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan China komited untuk membeli minyak sawit milik Malaysia

CYBERJAYA – Kerajaan China bersetuju untuk membeli sebanyak 1.7 juta tan minyak sawit milik Malaysia hingga tahun 2023.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, komitmen itu diberikan oleh Menteri Luar China, Wang Yi ketika lawatan rasminya ke Malaysia hari ini.

“China komited untuk menggalakkan pihak perusahaannya meningkatkan jumlah import minyak sawit dan produk lain yang dihasilkan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, dalam pertemuan itu China turut menyatakan komitmen untuk berkongsi vaksin Covid-19 mereka sebaik sahaja ia berjaya dibangunkan.

Lebih membanggakan katanya, China akan menyenaraikan Malaysia sebagai negara penerima utama.

Selain itu, katanya, dalam pertemua itu kedua-dua negara juga menandatangani Memorandum Persefahaman Berhubung Kerjasama Pasca Covid-19.

Katanya, kedua-dua pihak bersetuju untuk mewujudkan Jawatankuasa Tertinggi berhubung kerjasama Pasca Covid-19 dengan dipengerusikan Menteri Luar kedua-dua negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here