Covid-19: 40 warga STIAS disahkan negatif

0
107
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Ujian saringan warga Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) di Senawang dekat sini mendapati 40 individu terdiri daripada pelajar dan kakitangan sekolah negatif Covid-19.

Pengerusi Pengelola STIAS, Abdullah Abdol Razak berkata, keputusan ujian yang dilakukan pada 20 Oktober lalu telah dilkeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KMM) dan mengesahkan 17 pelajar dan 23 kakitangan negatif ujian berkenaan.

“Bagaimanapun mereka masih tidak dibenarkan pulang dan telah dipindahkan ke pusat kuarantin di Nilai pada 4.30 petang tadi.

“Kesemua mereka juga tidak menunjukkan sebarang gejala,”katanya dalam kenyataan petang ini.

Setakat ini menurut Abdullah, seramai 121 pelajar dan kakitangan STIAS disahkan positif hasil ujian saringan yang dilakukan oleh KKM.

Beliau berkata, kesemua yang disahkan positif kini sedang menjalani kuarantin iaitu 99 orang di Rembau dan 22 lagi di Hospital Tuanku Ja’afar,” katanya.

Sehubungan itu katanya, pihak sekolah juga telah mengosongkan bangunan sepertimana yang diarahkan oleh pihak KKM dan bagi membolehkan kerja sanitasi dilakukan pada petang ini.

“Sekolah akan dibuka semula setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa dan maklumat mengenainya akan diumumkan kelak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here