Covid-19: 710 kes baharu, 10 kematian hari ini

0
107

CYBERJAYA – Sebanyak 710 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara, dengan 10 kes kes kematian dicatatkan hari ini.

Bagi kes kematian, ini merupakan angka tertinggi dilaporkan dalam sehari sejak wabak ini mula melanda negara, menjadikan angka keseluruhan kes kematian kepada 214.

Bagi kes baharu pula, 709 adalah merupakan kes penularan tempatan, manakala hanya 1 kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), Sabah masih mencatatkan bilangan kes baharu tertinggi dengan 528 kes, diikuti Selangor (62) dan Pulau Pinang (39).

Pertambahan ini menjadikan angka keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 24,514 kes.

Sementara itu, sebanyak 467 kes telah diklasifikasikan sebagai telah pulih dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes yang telah sembuh kepada 15,884 kes.

Pada waktu ini, terdapat 8,416 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan sedang diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu pula, sebanyak 90 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 28 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here