Covid-19: 732 kes positif baharu di seluruh negara

0
40

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 732 kes baharu covid-19 dilaporkan di dalam negara, hari ini.

Bagi kes baharu, 726 merupakan kes penularan tempatan manakala lapan lagi merupakan kes import.

Sabah setakat ini kekal di tangga tertinggi dengan 535 kes, diikuti Selangor (116) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 26 kes.

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 22957 kes.

Sementara itu, sebanyak 580 kes telah dikategorikan sebagai telah pulih dan di discaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes yang telah pulih kepada 14,931 kes.

Setakat ini, terdapat 7,827 kes yamg diklasifikasikan sebagai masih aktif, dan kesemuanya telah diasingkan bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, 102 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 31 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Jumlah kematian akibat wabak ini turut meningkat apabila sebanyak 6 kematian dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kematian kepada 199 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here