Covid-19: 801 kes baharu, 8 kes kematian hari ini

0
72
DR. NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 801 kes baharu Covid-19 di dalam negara setakat tengah hari tadi.

Kata Ketua Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, 799 kes adalah kes penularan tempatan manakala 2 lagi adalah kes import.

“Sabah masih melaporkan bilangan kes baharu tertinggi iaitu 546 kes, diikuti dengan Selangor sebanyak 88 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan 29 kes,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu sidang akhbar, sebentar tadi.

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak ini di dalam negara kepada 29,441 kes.

Sementara itu, 573 kes lagi telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keselruhan kes yang telah sembuh kepada 19,072 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 10,123 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan, dan kesemuanya telah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 juga bertambah apabila sebanyak 8 kes kematian baharu dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 kepada 146 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here