Covid-19: 869 kes baharu dilaporkan, tertinggi dalam negara

0
45

CYBERJAYA – Negara mencatatkan angka tertinggi kes positif baharu Covid-19 hari ini apabila sebanyak 869 kes dilaporkan.

Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, negeri Sabah masih mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 451 kes.

“Pulau Pinang kini kedua tertinggi dengan 189 kes diikuti Selangor, 159 kes,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu sidang akhbar, sebentar tadi.

Kesemua kes baharu hari ini adalah akibat penularan tempatan, kata Dr. Noor Hisham lagi.

Angka terbaharu ini menjadikan keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 19,627 kes.

Sementara itu, sebanyak 302 kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 12,561 kes.

Setakat ini, terdapat 6,886 kes yang masih diklasifikasikan sebagai masih aktif dan kesemuanya telah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 91 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU0 dengan 30 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 terus bertambah apabila terdapat 4 kes kematian dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat wabak ini di dalam negara kepada 180 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here