Covid-19: Jumlah kes aktif semakin bertambah

0
82
DR. NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Jumlah kes Covid-19 yang aktif di dalam negara semakin menaik apabila angka kes positif baharu masih melebihi jumlah kes yang sembuh.

Pada hari ini, sebanyak 847 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di dalam di dalam negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 842 kes merupakan akibat penularan tempatan manakala 5 lagi kes import.

“Kes dari Sabah masih tertinggi apabila sebanyak 578 kes positif baharu dilaporkan.

“Selangor di tangga kedua dengan 137 kes, diikuti Negeri Sembilan dengan 39 kes,” kata Dr. Noor Hisham dalam satu sidang akhbar, sebentar tadi.

Pertambahan ini menjadikan keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 23,804 kes.

Sementara itu, sebanyak 486 kes telah disahkan sebagai pulih dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 15,417 kes.

Setakat ini, angka kes yang masih aktif adalah sebanyak 8,183 dan kesemuanya sudah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, 90 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 29 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian turut bertambah kepada 204 apabila sebanyak 5 kes kematian baharu akibat Covid-10 dilaporkan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here