Covid-19: Kes di AS menghampiri 8 juta

0
30

CYBERJAYA – Kes wabak Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) kini menghampiri 8 juta.

Kata The Guardian yang memetik laporan Universiti Johns Hopkins, pada waktu ini terdapat sebanyak 7,975,725 kes yang telah dilaporkan.

AS mempunyai jumlah kes keseluruhan dan jumlah kes kematian yang tertinggi di dunia.

Bagi kes kematian, ketika ini angka kematian di negara tersebut adalah sebanyak 217,746 kes.

Setakat ini, kes kematian global kian menghampiri 1.1 juta, dan dijangka melepasi angka tersebut dalam tempoh 24 jam ini.

India pada waktu ini berada di tangga kedua dengan jumlah keseluruhan 7.3 juta kes dan 111,266 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here