Covid-19: Kes di Mexico makin hampiri 1 juta

0
40

CYBERJAYA – Angka keseluruhan kes Covid-19 di Mexico sudah melepasi 900,000 kes pada Selasa.

Menurut Reuters, angka tersebut disahkan oleh Kementerian Kesihatan negara tersebut.

Semalam, sebanyak 5,942 kes baharu dilaporkan sdi seluruh negara tersebut, menjadikan angka keseluruhan kes positif kepada 901,268 kes.

Sementara itu, sebanyak 643 kes kematian baharu turut dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat wabak itu kepada 89,814.

Namun, kementerian tersebut dalam satu kenyataan pada Ahad lepas ada menyebut, angka sebenar kematian berkemungkinan lebih tinggi tanpa memberi sebarang sebab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here