Covid-19: KKM rekod 835 lagi kes baharu

0
110
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 835 kes baharu positif Covid-19 sehingga pukul 12 tengahari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kini mencecah 28,640 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 5 kes import Covid-19 dikesan melibatkan 1 warganegara dan 2 warganegara India, Indonesia (1) , Thailand (1) dan Bulgaria (1)

“Kes terbaharu itu menjadikan jumlah kes aktif di dalam Malaysia sebanyak 9,903 kes dengan semua individu positif kini dirawat dan diasingkan di hospital,” katanya dalam sidang media berkaitan Covid-19 hari ini.

Daripada jumlah, Sabah mendahului kes dengan 410 kes iaitu 60 kes yang dikesan dalam kluster sedia ada termasuk 6 kes dari kluster baharu iaitu kluster Lintas.

Di Negeri Sembilan, sebanyak 155 kes baharu dikesan iaitu sebanyak 149 daripada kluster sedia ada dan 4 kes daripada saringan kontak rapat dan 2 kes daripada saringan lain-lain.

Sementara itu, Selangor merekodkan sebanyak 125 kes, iaitu 59 daripada kluster sedia ada dan 42 kes daripada saringan kontak rapat dan 24 kes daripada saringan lain-lain.

Sementara itu, Dr. Noor Hisham berkata, daripada 230 kluster yang dikesan sejak permulaan pandemik Covid-19, sebanyak 62 kluster (30 peratus) adalah berkaitan dengan kluster tempat kerja.

Katanya, sehingga hari ini terdapat 37 kluster tempat kerja yang masih aktif.

“KKM mengucapkan terima kasih kepada pihak majikan yang proaktif dalam menjalankan saringan sekaligus membolehkan pengesanan individu tidak bergejala.

“Usaha itu penting dalam pencegahan selain bersama-sama membantu usaha KKM mengekang jangkitan dalam komuniti.

“Selain tindakan majikan, setiap warga pekerja juga mempunyai peranan besar mencegah Covid-19 dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, sebanyak 119 kluster masih aktif di seluruh negara termasuk 2 kluster baharu dikesan hari ini manakala 111 kluster telah tamat tempoh pengawasan 28 hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here