Covid-19 : Perancis isytihar perintah berkurung di 9 bandar utama

0
45

PARIS – Kerajaan negara ini semalam mula menguatkuasakan perintah berkurung pada waktu malam di bandar-bandar utama selaras dengan pengisytiharan darurat ekoran gelombang kedua penularan Covid-19.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam wawancara televisyen berkata, perintah berkurung dilakukan bermula pukul 9 malam hingga 6 pagi di wilayah Ile-de-France dan lapan lagi bandar.

Antaranya adalah Lille, Grenoble, Lyon, Aix-Marseille, Montpellier, Rouen, Saint-Etienne dan Toulouse.

Berikutan itu ujarnya, mereka yang mendapat bantuan kebajikan dan perumahan layak menerima €100 RM487 hingga €150 RM731 untuk setiap anak tempoh selama enam minggu.

Macron juga menggesa sebarang perhimpunan yang dianjurkan dihadkan tidak melebihi enam orang.

Langkah itu katanya bertujuan membendung Covid-19 daripada terus merebak terutama pada penularan gelombang kedua yang melanda negara itu sekarang.

Menurut laporan Andolu, Kementerian Kesihatan Perancis semalam melaporkan 22,591 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan 779,063 kes jangkitan di negara itu.

Sehingga kini, angka korban akibat Covid-19 di Perancis mencecah mencecah 33,037 ditambah dengan 104 kematian dalam tempoh 24 jam sejak semalam.

Paris

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here