Covid-19: Perancis negara ke-7 catat kes lebih 1 juta

0
34

CYBERJAYA – Perancis menjadi negara ke-7 di dunia yang mempunyai lebih daripada 1 juta kes Covid-19 yang sudah disahkan.

Menurut Reuters, angka ini dicapai dalam tempoh 24 jam lalu apabila jumlah jangkitan baharu mencecah 42,032 kes, menjadikan angka keseluruhan kes kepada 1,041,075.

Pada ketika ini, Amerika Syarikat (AS) menduduki tangga pertama dengan 8.4 juta kes, diikuti India (7.8 juta), Brazil (5.3 juta), Rusia (1.5 juta), dan Argentina bersama Sepanyol masing-masing lebih daripada 1 juta kes.

Pada Khamis, jumlah kes baharu yang disahkan di negara tersebut melepasi 40,000 buat kali pertama.

Sewaktu arahan ‘lockdown’ dilaksanakan di Perancis pada Mac hingga Mei lalu, jumlah kes baharu tertinggi dalam sehari adalah 7,578 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here