Covid-19: Sabah catat penurunan 40 peratus kes berbanding semalam

0
127
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah hari ini menunjukkan sedikit penurunan dengan 533 kes berbanding semalam iaitu 889 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini berikutan jumlah kes baharu yang dicatatkan daripada Penjara Kepayan, Kota Kinabalu telah menurun daripada 434 kes semalam, kepada 67 kes baharu hari ini.

“Walau bagaimanapun, jumlah ini masih tinggi berbanding negeri-negeri lain.

Usaha gigih mengesan lebih banyak kes akan diteruskan di seluruh Sabah yang kini mempunyai 17 daerah merah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Secara keseluruhan sebanyak 823 kes baharu telah dilaporkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 26,565 kes.

Dalam pada itu, Dr. Noor Hisham berkata,
buat masa ini kapasiti di sembilan buah hospital Kementerian Kesihatan (KKM) di Sabah adalah 1,219 katil iaitu penggunaan sebanyak 59 peratus.

Katanya, kapasiti di 25 buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) pula adalah 4,505 katil dengan kadar penggunaan 35 peratus.

Sementara itu, mengulas mengenai kes di Lembah Klang, katanya, hari ini sebanyak 99 kes baharu atau 12 peratus dari jumlah keseluruhan kes dicatatkan.

Katanya, daripada 99 kes baharu, 44 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here