Darurat: Agong akan jumpa raja-raja Melayu

0
177
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri semalam

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah akan mengadakan pertemuan dengan raja-raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat ini bagi memperhalusi cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ia diputuskan susulan sesi menghadap Perdana Menteri ke atas Agong selepas Mesyuarat Khas Jemaah Menteri.

Beliau berkata, ini kerana baginda sangat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak Covid-19.

“Sehubungan itu, baginda menasihati seluruh rakyat supaya bertenang, tidak panik dan bersabar dalam menghadapi situasi terkini ini sementara menunggu keputusan mengenai cadangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa beliau berkata, seluruh rakyat dinasihati supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan serta menggugat ketenteraman negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here