Darurat: Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu berlangsung hari ini

0
465
Sultan Johor berangkat menghadiri mesyuarat khas Raja-Raja Melayu hari ini. Sumber Facebook Sultan Johor

CYBERJAYA – Satu mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu akan diadakan hari ini bagi membincangkan cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan sebagai langkah untuk mengawal penularan pandemik Covid-19.

Dalam satu hantaran menerusi laman Facebook milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah berangkat ke mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu pada hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bertitah, baginda berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sembah taklimat cadangan yang sudah dicapai oleh Mesyuarat Khas Jemaah Menteri kelmarin.

Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, susulan itu
Yang di-Pertuan Agong akan mengadakan pertemuan dengan raja-raja Melayu di Istana Negara bagi memperhalusi cadangan itu.

Beliau berkata, ini kerana baginda sangat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak Covid-19.

Kelmarin, seluruh negara digemparkan dengan ura-ura kerajaan mahu menggunakan darurat kesihatan sebagai langkah akhir bagi menangani kemelut politik yang berlaku sekarang.

Susulan itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong pada hari sama untuk mempersembahkan cadangan tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here