Dua wanita Muslim ditikam di Paris

0
462
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Dua wanita Muslim dilaporkan ditikam berhampiran Menara Eiffel di Paris, Perancis pada Ahad lepas dalam satu serangan yang dilabel bermotifkan perkauman.

Menurut portal al-Jazeera, pihak polis tempatan mengesahkan kejadian tersebut setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 8 malam (waktu tempatan).

Kata pihak polis, insiden tersebut turut melibatkan ‘seekor anjing’.

Pada awalnya, pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan insiden ini, namun kritikan daripada pengguna online menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan, semalam.

Menurut pejabat pendakwaraya yang mengendalikan kes ini, dua orang wanita yang tidak didedahkan identiti telah ditahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here