Gagal patuhi kuarantin, pelajar didenda RM35,782 selepas pos foto di Instagram

0
1730

Carry Ann Ingram dikenakan denda sebanyak RM35,782 atas kesalahan tidak mematuhi arahan kuarantin.

MANCHESTER – Seorang pelajar dikenakan denda sebanyak £6,600 (RM35,782) selepas melanggar perintah kuarantin kendiri dengan membuat hantaran foto bersantai di restauran melalui Instagram.

Carry Ann Ingram yang tiba ke Jersey dari Manchester pada 12 Oktober lalu ditahan pihak berkuasa selepas didapati gagal mematuhi tempoh kuarantin sehingga mendapat keputusan ujian kali kedua selepas lima hari ketibaan.

Pengesanan pelajar wanita berusia 22 tahun itu bermula apabila pihak berkuasa gagal menghubunginya di rumah selepas seorang penumpang pesawat bersebelahan tempat duduknyanya positif Covid-19.

Ingram kemudian berjaya dijejaki pasukan pengesanan kontak dan ditahan atas pelbagai kesalahan.

Dia didapati melanggar peraturan sebanyak empat kali iaitu keluar membeli-belah di St. Helier dalam masa tiga hari selepas tiba dari Manchester dan membuat hantaran foto di Instagram ketika sedang bersantai di Restoran El Tico di St Ouen’s Bay.

Lokasi Ingram keluar menikmati kopi dan membuat hantaran foto di Instagram ketika tempoh kuarantin.

Dalam pengakuan di mahkamah, Ingram juga mengaku bersalah atas kesalahan keluar melawat rumah kawan dan tidak berada di rumah ketika dikunjungi pihak berkuasa.

Bagi kesalahan itu dia boleh memilih hukuman penjara selama 24 minggu jika tidak mahu menerima hukuman denda.

Ketua Strategik Pasukan Pengesanan Kontak, Caroline Maffia berkata, tindakan undang-undang ini adalah setimpal kepada mereka yang gagal mematuhi arahan. Sebagai kontak rapat kes positif Covid-19, pesalah seharusnya sedar tentang risiko dan ancaman kepada kesihatan awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here