Gempa bumi berskala 7.0 gegar Turki, Greece

0
110
Salah sebuah bangunan di bandar Izmir, Turki yang runtuh sejurus kejadian gempa bumi di Lautan Aegean, hari ini. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA – Satu gempa bumi kuat melanda kawasan Laut Aegean hari ini.

Menurut Reuters, gempa bumi dengan kekuatan 7.0 pada skala Richter tersebut turut menggegarkan Greece dan Turki.

USGS menyatakan gegaran tersebut berpusat pada 33.5km daripada pesisir pantai Turki pada kedalaman 10km.

Sementara itu, menurut Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu, beberapa bangunan di bandar Izmir yang terletak di pesisir pantai barat negara tersebut turut mengalami kerosakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here