Guru maut selepas ajar murid gunakan karikatur Nabi Muhammad

0
1865

CYBERJAYA – Seorang guru sejarah maut ditikam berhampiran sebuah sekolah di Paris, Perancis, semalam.

Menurut Reuters, guru tersebut pada awal bulan lalu telah menunjukkan karikatur didakwa Nabi Muhammad kepada anak muridnya.

Tindakan guru tersebut diselar oleh beberapa pihak kerana mempermainkan sentimen agama, namun tidak dipedulikan oleh pihak berkuasa atas alasan ‘kebebasan bersuara’.

Menurut polis, penyerang guru tersebut ditembak mati berhampiran sebuah kawasan kediaman di bandar raya tersebut.

Mangsa difahamkan ditikam beberapa kali di bahagian tengkuk, namun ada laporan menyebut kepala mangsa dipenggal dalam kejadian itu.

Media tempatan menyebut penyerang merupakan seorang lelaki berusia 18 tahun dan dilahirkan di Moscow, Russia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here