Insiden kapal laut : 1 maut, 124 diselamatkan Maritim Malaysia

0
135

MIRI – Seorang kru kapal meninggal dunia manakala 124 yang lain berjaya diselamatkan dalam kejadian kecemasan kapal Dayang Topaz di posisi 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, awal pagi ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, Maritim Malaysia bertindak selepas menerima panggilan daripada kapal Sapura Construction pada pukul 6.45 pagi yang sebelum itu menerima isyarat kecemasan dari kapal Dayang Topaz.

Sebahagian daripada kru kapal Dayang Topaz yang terjun ke laut dalam insiden di perairan Miri awal pagi ini.

Menurutnya, kejadian dipercayai berpunca daripada salah satu kabel sauh Kapal Dayang Topaz terputus ekoran cuaca buruk dan kapal tidak dapat dikawal lantas hanyut melanggar platform pelantar Minyak beramB.

“Empat orang kru yang dilaporkan hilang berjaya diselamatkan, seorang meninggal dunia dan 62 orang masih berada di atas kapal Dayang Topaz.

“Pusat Kordinasi Penyelamat Maritim (MRCC Putrajaya) kini sedang bekerjasama dengan syarikat carigali minyak Petronas, Shell, Tentera Udara Malaysia (TUDM), Bomba dan Penyelamat, National Search Coordination Center Brunei yang telah menugaskan sebuah pesawat Brunei Shell Petroleum termasuk Komuniti Nelayan Tempatan.

Katanya, antara aset yang terlibat adalah KM Siagut, KM Siakap dan Bot Penggalang 23 yang sudah berada di lokasi kejadian untuk memantau keselamatan mangsa dan aset-aset SAR.

“Keadaan laut masih bergelora dengan ombak pada ketinggian 3.5 ke 4 meter,” katanya.

Sebahagian daripada kru kapal Dayang Topaz yang berjaya diselamatkan Maritim Malaysia dalam insiden di perairan Miri awal pagi ini.
Kapal Dayang Topaz.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here