Kakitangan MRT laluan Kajang positif Covid-19

0
114
Kerja-kerja sanitasi dan nyah kuman di gerabak MRT. Foto : Rapid Rail

CYBERJAYA – Rapid Rail Sdn Bhd hari ini memaklumkan salah seorang daripada pengendali tren Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang disahkan positif Covid-19.

Dalam kenyataan dikeluarkan Rapid Rail, kakitangan yang dikesan positif itu bertugas kali terakhir pada 21 Oktober lalu dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Sehubungan itu, semua kakitangan dan individu yang merupakan kontak rapat telah dimaklumkan dan diminta menjalani ujian saringan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KMM).

“Susulan itu, kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan seperti yang dilakukan setiap hari diteruskan dengan tumpuan di tempat kerja kakitangan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Rapid Rail memaklumkan perkhidmatan MRT Laluan Kajang dan semua perkhidmatan pengangkutan awam lain kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, Bas Rapid Transit dan bas henti-henti selamat digunakan.

“Pengguna diingatkan supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan khususnya pemakaian pelitup muka dengan kemas sepanjang masa, sentiasa mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman serta mengambil suhu badan dan mendaftar dengan aplikasi MySejahtera atau di buku log sebelum memasuki tren.

“Pihak kami komited menjalankan langkah-langkah yang dapat melindungi kesihatan dan keselamatan penumpang dan juga kakitangan,” kata kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here