Katanya ‘Kita Jaga Kita’, tapi…

0
73

HARI ini, jumlah kes positif baharu Covid-19 mencecah 260 kes, dengan 259 daripadanya merupakan akibat penularan tempatan, dan hanya 1 kes import.

Dalam sidang akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah tadi, beliau berkata, kali terakhir negara mencatatkan angka tinggi sebegini adalah pada 4 Jun lalu apabila sebanyak 277 kes dilaporkan.

Nampaknya, rakyat Malaysia sudah semakin leka dengan situasi semasa, tidak mempedulikan langsung bahawa pandemik Covid-19 masih berleluasa dalam masyarakat.

Mana perginya laungan ‘Kita Jaga Kita’ yang dicanangkan selama ini? Tinggal sejarahkah?

Cakcibor menjangkakan, kerajaan akan menarik kembali Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam masa terdekat ini, dan kembali mengenakan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dengan menyekat kembali pergerakan rentas negeri.

Langkah ini secara langsung boleh menyekat penularan tempatan daripada lebih merebak ke kawasan-kawasan hijau yang setakat ini semakin berkurangan.

Suka atau tidak, ini sahaja cara terbaik bagi mengawal pandemik ini daripada lebih merebak.

Kerajaan sudah bagi peluang, tapi kewujudan insan-insan yang masih berdegil dalam komuniti, menidakkan usaha semua melawan pandemik ini.

Tak perlu salahkan kerajaan jika langkah memperkenalkan semula PKPB diambil. Salahkan mereka yang degil-degil tu.

Kata, ‘Kita Jaga Kita’.

Sendiri mau ingatlah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here