Khabib umum persaraan selepas tewaskan Gaethje

0
305
Khabib sujud syukur selepas berjaya memenangi pertarungan tersebut

ABU DHABI – Juara lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov mengejutkan peminat UFC apabila mengumumkan persaraannya selepas memenangi pertarungan dengan Justin Gaethje.

“Ini pertarungan terakhir saya dan saya tidak akan datang lagi tanpa bapa saya selepas apa yang terjadi kepada beliau.

“Malah, saya berjanji kepada ibu saya yang ini adalah pertarungan terakhir. Saya tidak mungkin akan ke sini lagi tanpa bapa saya,” kata Khabib.

Dalam pertarungan itu Khabib memenangi pertarungan dengan teknikal knockout di pusingan kedua.

Khabib berjaya menewaskan Gaethje dengan teknikal knockout

Pertarungan itu merupakan perlawanan buat kali pertama dan terakhir Khabib selepas kematian bapa yang juga jurulatihnya, Abdulmanap pada Julai lalu.

Sementara itu, dalam laman Instagram miliknya, Khabib mengucapkan terima kasih kepada bapanya yang mengajarnya selama ini.-MT

Ciapan yang dikongsi dalam laman Twitter dan Instagram miliknya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here