Konvokesyen secara janji temu UiTM ditangguh ke 1 Disember

0
51

CYBERJAYA – Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengumumkan penangguhan penganugerahan diploma dan ijazah secara janji temu yang dijadual bermula 7 Nov depan ke tarikh baharu iaitu pada 1 Dis depan.

Menurut UiTM dalam satu kenyataan hari ini, penetapan tarikh baharu itu bagaimanapun tertakluk kepada situasi semasa Covid-19 serta arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Janji temu yang dibuat oleh para graduan sebelum ini adalah terbatal serta tidak terpakai. Graduan diminta mengisi dan mendaftar semula melalui Sistem Janji Temu untuk mendapatkan tarikh baharu.

“Pendaftaran untuk tarikh baharu itu akan dibuka bermula Isnin depan sehingga 8 Nov. Para graduan boleh melayari laman sesawang untuk mendapatkan pautan tersebut,” menurut kenyataan itu lagi.

Selain laman sesawang, graduan juga boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai sesi penganugerahan ini dengan menghubungi pegawai di Bahagian Rekod Pelajar dan Kovokesyen di talian 03-55443110 atau 03-55443114.

Keputusan ini dibuat bagi mengutamakan keselamatan, kesihatan, kebajikan dan kesejahteraan semua warga UiTM serta jemputan susulan penularan Covid-19 pada ketika ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here