KPM umum pelanjutan penutupan sekolah di Selangor, WP KL dan Putrajaya

0
139

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pelanjutan penutupan semua institusi pendidikan dan sekolah di seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan WP Putrajaya yang berdaftar dengannya sehingga 9 November depan.

Kata KPM dalam satu kenyataan sebentar tadi, pelanjutan ini selaras dengan pengumuman Kerajaan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari lagi.

“Justeru, pentadbir sekolah serta institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru-guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar terus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

“Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh di muat turun di portal rasmi KPM,” kata kenyataan ringkas tersebut, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here