Lelaki penggal kepala isteri, serah diri di balai polis

0
484
Rakaman video seorang lelaki membawa kepala manusia yang dipenggal di Baberu, India.

INDIA – Seorang lelaki berjalan sejauh tiga kilometer sambil membimbit kepala isterinya yang dipenggal menggunakan kapak menuju ke balai polis sebelum menyerah diri.

Kinnar Yadav, 40, dilihat membawa kepala isterinya, Vimla, 35, dalam keadaan berlumuran darah dalam kejadian di Baberu, Uttar Pradesh.

Kejadian dipercayai berlaku selepas suspek mengesyaki perbuatan curang isterinya dengan seorang lelaki yang juga jirannya, dikenali Ravikant Yadav.

Dalam kejadian itu, Kinnar dikatakan mengejar lelaki yang sedang berbual dengan isterinya sebelum lelaki berkenaan berjaya melarikan diri.

Suspek yang cemburu dan berang akhirnya bertindak memenggal kepala isterinya sebelum membawanya ke balai polis berhampiran.

Daily Stay melaporkan kehadiran Kinnar di balai polis itu hanya disedari selepas 15 minit sebelum suspek ditahan.

Rakaman video seorang lelaki yang membawa kepala seorang wanita menjadi tular di media sosial.

Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here