LHDN anjur Seminar Percukaian Kebangsaan secara dalam talian bulan depan

0
506
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2020 secara dalam talian bermula 12 hingga 23 November ini.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, seminar itu yang akan dilakukan melalui kaedah ‘live streaming’ bertujuan untuk memberikan peserta maklumat terkini berhubung percukaian negara.

Pada masa sama, katanya, ia juga untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas berkaitan sebarang pindaan dalam Akta
Cukai Pendapatan 1967 serta akta-akta berkaitan yang dibentangkan melalui Belanjawan 2021.

“Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian mulai 20 Oktober melalui portal
https://spk.hasil.gov.my/ dengan yuran penyertaan sebanyak RM180 seorang.

“Seminar akan dijalankan menggunakan aplikasi Zoom dan akan membariskan para
penceramah berpengalaman yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan LHDN
bagi mengupas topik 2021 Budget Proposals,” katanya hari ini.

Menurut LHDN, sebanyak enam sesi seminar akan diadakan iaitu pada tarikh 12, 16,17,18,19 dan 23 November ini.

Sehubungan itu, katanya, semua pengamal cukai, perunding cukai, ejen cukai, akauntan, juru audit, perancang kewangan, peguam bela dan peguam cara, pengarah syarikat, setiausaha syarikat, pensyarah, ahli akademik dan individu-individu yang berminat sangat dialu-alukan untuk menghadiri seminar tersebut.

Katanya, sebarang pertanyaan berkenaan SPK 2020 boleh diajukan kepada Sekretariat SPK
2020 melalui e-mel spkhasil@hasil.gov.my. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here