Malakat Mall sedia makanan percuma setiap Jumaat

0
103
Program sedekah Malakat Mall yang disediakan pada setiap Jumaat kepada pengunjung dan penduduk di sekitar Cyberjaya.

RAUDHAH CITY – Malakat Mall hari mengedarkan makanan percuma kepada pelanggan dan penduduk di sekitar Cyberjaya bagi membantu golongan yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Agihan di ruang legar, Malakat Street Food yang bermula pada pukul 12 tengahari ini berupa nasi goreng tomato, ayam masak merah dan air sirap selasih.

Malakat Mall memulakan program makan percuma pada setiap hari Jumaat kepada orang ramai sebagai program sedekah jumaat pusat beli-belah berkonsepkan pusat perniagaan Islam itu.

Program itu sebelum ini disediakan untuk kakitangan.

Sementara itu, pengunjung juga boleh meninjau beberapa premis makanan di Malakat Streed Food yang menempatkan Restoran The Tarik Corner, It’s Thai, Ayam Kampung Lejen, Sweet Talk Patisserie, Bunch-Oh dan Tea Amo.

Pada hari ini juga, rangkaian restoran terbaharu milik Mohd Chan iaitu Chan Mari Chan turut dilancarkan yang menyajikan pelbagai sajian Cina muslim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here