Malaysia dijangka terima vaksin Covid-19 mulai suku pertama tahun hadapan

0
63
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Negara dijangka menerima bekalan vaksin Covid-19 mulai suku pertama tahun hadapan, dengan keutamaan diberikan kepada semua petugas barisan hadapan.

Menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam satu kenyataan, pihak Kerajaan telah pun berhubung dengan lapan calon vaksin yang kini sedang berada dalam peringkat ujian klinikal fasa ketiga.

“Selain itu, Kerajaan juga sedang memuktamadkan rundingan dengan pihak COVAX yang mempunyai sembilan calon vaksin di bawah (program) Persekutuan Global Vaksin dan Imunisasi (GAVI),” kata MOSTI dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Kenyataan tersebut turut menyebut, peruntukan kewangan bagi pembelian vaksin ini adalah melalui Tabung Covid-19 Kementerian Kewangan Malaysia.

Kenyataan tersebut turut menyebut, keutamaan pemberian vaksin ini adalah kepada petugas barisan hadapan meliputi sektor kesihatan dan keselamatan seperti doktor, jururawat, polis, petugas penjara dan anggota imigresen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here