Malaysia kecam pihak hina Islam, Nabi Muhammad

0
105
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pihak yang menghina Islam dan Nabi Muhammad

CYBERJAYA – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokatif yang memfitnah agama Islam menerusi ucapan populis dan penerbitan karikatur yang menggambarkan Nabi Muhammad.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sebagai negara yang demokratik dan sederhana, Malaysia menjunjung hak kebebasan bersuara serta hak asasi manusia.

Walaubagaimanapun, katanya, tindakan mencemarkan dan mengeji Nabi Muhammad yang dianggap paling mulia dalam agama Islam telah melangkaui batas hak tersebut.

“Tindakan tersebut bersifat provokatif dan tidak menghormati agama Islam serta lebih dua bilion penganutnya di seluruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, Presiden Perancis Emmanuel Macron telah mengumumkan satu kenyataan berbaur polisi pemisahan.

Polisi tersebut telah menyebabkan salah anggap yang mencetuskan sikap kebencian dan anti-Muslim serta gesaan untuk membakar masjid-masjid di seluruh Perancis.

Lebih memburukkan keadaan apabila akhbar kontroversi Perancia, Charlie Hebdo menerbitkan semula karikatur menghina nabi sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here