MB Kedah beri bayangan lepas jawatan Presiden KFA

0
36
Kedah berjaya melengkapkan penswastaan Kelab Bolasepak (FC)


CYBERJAYA- Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor memberi bayangan untuk melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Muhammad Sanusi berkata, beliau bercadang untuk menyerahkan segala tugas dan urusan bola sepak negeri berkenaan kepada pihak yang lebih layak.

“Selepas selesaikan semua hutang-piutang KFA tinggalan pengurusan sebelum ini, saya bercadang untuk menyerahkan urusan bola sepak kepada mereka yang lebih layak memikulnya.

“Ada ramai tokoh yang lebih layak untuk urusan ini. Saya akan kekal sebagai penyokong setia Hijau Kuning,” tulis beliau dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Langkah itu dipercayai bertujuan bagi memajukan lagi sukan bola sepak, khususnya di negeri Jelapang Padi itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here