Nama Luqman tersenarai dalam skuad utama KV Kortrijk

0
251
Luqman Hakim

CYBERJAYA – Impian rakyat Malaysia untuk melihat aksi pertama penyerang muda negara, Luqman Hakim dalam skuad utama KV Kortrijk bakal menjadi kenyataan apabila namanya disenaraikan dalam perlawanan menentang Anderlect esok.

Berita gembira itu dimaklumkan dalam satu hantaran menerusi laman Facebook kelab tersebut hari ini.

Sebelum ini, rakyat Malaysia ternanti-nanti kemunculan Luqman untuk beraksi dalam skuad utama pasukan tersebut selepas berkelana hampir tiga bulan di kelab yang berpangkalan di Belgium itu.

Sebagai rekod, Luqman mengikat kontrak selama lima musim dengan kelab tersebut selepas berhijrah daripada Selangor II pada Ogos lalu.

Sejak tiba di KV Kortrijk, Luqman hanya beraksi bersama skuad B-21 kelab itu dan setakat tiga penampilannya di kelab itu, Luqman berjaya meledak tiga gol.

Sementara itu, menurut laman web kelab tersebut, perlawanan antara kedua-dua pasukan itu akan berlangsung di Guldensporenstadion pada pukul 8.45 malam waktu tempatan.

Lebih menarik apabila pertemuan itu bakal menemukan dua bekas rakan sepelatih iaitu Yves Vanderhaeghe dan Vincent Kompany yang kini masing-masing melatih pasukan KV Kortrijk dan Anderlecht.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here