Pencemaran sungai mungkin tindakan sabotaj -MB Selangor

0
107
Amirudin Shari

CYBERJAYA- Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan sekurang-kurangnya empat kejadian yang hampir menyebabkan pencemaran dikesan dalam tempoh enam hari lalu.

Kejadian itu dibimbangi beliau sebagai tindakan sabotaj oleh pihak tertentu.

“Kita berjaya mengesan empat potensi pencemaran dalam tempoh lima hingga enam hari lalu dan berjaya menghalang pencemaran sebelum mengalir ke sungai utama.

“Dalam kejadian terbaharu di Kampung Baru Balakong, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Selangor (SPAN) tidak menemui sebarang kesan dari kilang atau bengkel di sekitar.

“Tiga hari lalu pula kita mengesan pencemaran yang hampir sama iaitu minyak hitam di Sungai Kundang,” katanya.

Amirudin berkata demikan pada majlis ringkas Penyerahan Sumbangan Kelengkapan PPE kepada Jabatan Penjara Malaysia Negeri Selangor serta Jet Ski dan Basikal Elektrik kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh kerajaan Selangor di Foyer Bangunan SUK hari ini.

Amirudin bagaimanapun berkata, buat masa ini pihaknya tidak mempunyai sebarang bukti untuk membuat andaian lanjut namun akan terus membuat pemantauan.

Katanya, tindakan pemantauan yang dilakukan oleh kerajaan negeri pada masa kini termasuk dengan menggunakan dron.

Sehubungan itu beliau memberi amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab suaya menghentikan perbuatan yang boleh menyebabkan orang ramai menderita akibat terputus bekalan air.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here