Peningkatan mendadak Covid-19 bukan manipulasi

0
118

CYBERJAYA – Kenaikan mendadak jumlah kes positif Covid-19 sehingga mencecah empat angka di dalam negara ketika ini bukan ‘manipulasi data’ seperti didakwa sesetengah pihak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, data yang dikongsikan itu adalah maklumat daripada sistem informasi kesihatan awam yang diperoleh setiap hari di seluruh negara.

“Ia (data) bukan disediakan oleh saya seorang tetapi oleh seluruh pasukan sebalik tabir sejak daripada hari pertama (penularan Covid-19).

Gambar hiasan

Janganlah bila sifar kes dicatatkan, data itu diterima tetapi bila 1,000 kes ada pihak yang tidak terima pula,” katanya dalam sesi soal jawab sidang media semalam.

Malaysia semalam merekodkan 1,240 kes baharu positif Covid-19, angka tertinggi sejak pandemik itu bermula di negara ini. Ia juga merupakan kali kedua kes mencecah empat angka.

Sebelum ini, tular dalam media sosial dakwaan peningkatan jumlah kes Covid-19 sebagai manipulasi yang sengaja diwujudkan untuk mencetuskan kebimbangan orang ramai bagi tujuan dan kepentingan politik pihak tertentu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here