Penularan Covid-19 semakin membimbangkan, 317 kes jangkitan baharu hari ini

0
49
Statistik jangkitan baharu Covid-19 pada 3 Oktober 2020

CYBERJAYA- Penularan wabak Covid-19 di dalam negara semakin membimbangkan apabila kes jangkitan baharu melonjak kepada 317 kes hari ini iaitu yang tertinggi pernah direkodkan.

Pertambahan mendadak kes jangkitan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan Covid-19 ialah sebanyak 12,088 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 1,735 kes. 

Lebih membimbangkan, kesemua 317 kes jangkitan baharu yang dilaporkan itu membabitkan penularan tempatan dan tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penularan tertinggi direkodkan di Sabah dengan 155 kes diikuti Kedah sebanyak 102 kes dan Selangor 32 kes.

“Terdapat sebanyak 121 kes yang pulih hari ini, ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 10,216 kes. 

“Sehingga kini, 29 pesakit positif Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, satu kematian berkaitan jangkitan Covid-19 juga dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 137 kes.

Dalam pada itu katanya, pada hari ini kementeria juga mengesan tiga kluster baharu iaitu dua di Kedah dan satu di Selangor.

“Terdapat dua kluster baharu di Kedah iaitu kluster Bah Lunas dengan empat kes positif dan kluster Bah Rose dengan lapan kes positif. Di Selangor pula ialah kluster Jelok dengan empat kes positif,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here