PKPB di Sabah dilanjutkan 14 hari lagi

0
121
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sabah disambung 14 hari lagi bermula 27 Oktober hingga 9 November ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

“Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh Sabah bermula 13 Oktober sehingga 26 Oktober ini.

“Ketika ini Kementerian Kesihatan (KKM) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada
penduduk dan sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang tinggi dikesan dalam kalangan penduduk di seluruh Sabah.

“Sehubungan dengan itu atas cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah dan nasihat
KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPB di seluruh Sabah selama 14 hari lagi bermula 27 Oktober sehingga 9 November ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Semarak dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Balung, Tawau, Sabah.

Katanya, PKPD itu akan berkuatkuasa 26 Oktober ini sehingga 10 November ini.

Sementara itu, katanya, kerajaan juga memutuskan untuk menamatkan PKPD di Asrama Pekerja Tropicana Petaling .

Walaubagaimanapun, katanya, lokaliti itu
masih tertakluk di bawah pelaksanaan PKPB bagi seluruh Selangor.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here