PM akan umumkan ‘berita gempar’ malam ini?

0
5137
MUHYIDDIN YASSIN

CYBERJAYA – Desas desus mengenai pengisytiharan darurat semakin bertiup kencang sejak selesainya mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tengah hari tadi.

Walaupun tiada sebarang butiran lengkap diterima berkenaan isi kandungan mesyuarat tersebut, hasil carian di media sosial kesemuanya mengatakan Kabinet bersetuju supaya darurat diumumkan bagi menangani kes Covid-19 yang semakin menular dengan lebih berkesan.

Dalam pada itu, Malakat Tribune difahamkan, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 5 petang ini di Kuantan.

Difahamkan, Perdana Menteri akan mempersembahkan cadangan tersebut untuk persetujuan baginda.

Sekiranya dipersetujui, Muhyiddin akan membuat satu perutusan khas atau pengumuman pada pukul 8 malam ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here