Politikus berdrama, rakyat merana, Covid ketawa

0
167
Gambar hiasan

BERMULA pukul 12.01 tengah malam ini, seluruh penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya terpaksa akur dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Walaupun bukan ‘total lockdown’, pelaksanaan PKPB ini sudah cukup menghadirkan mimpi ngeri kepada semua pihak sama ada ibu bapa, pekerja, pelajar, anak kecil dan siapa sahaja yang masih bernyawa.

Sejak Kementerian Pendidikan mengumumkan penutupan sekolah di daerah Petaling, ramai ibu bapa yang sudah pening memikirkan di mana untuk menghantar anak-anak mereka.

Apabila kerajaan mengumumkan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, keadaan menjadi bertambah pening.

Pening untuk menghantar anak ke mana jika masih perlu bekerja dan terpaksa pening sekiranya syarikat tempat mencari rezeki sekarang sudah tidak mampu bertahan akibat pelaksanaan PKPB ini.

Sebagai contoh taska swasta. pengusaha-pengusaha taska ini terpaksa menelan dilema apabila PKPB dilaksanakan. Gaji guru sekolah perlu dibayar dan bil utiliti bulanan wajib dibayar.

Ibu bapa pula yang terkesan akibat PKPB dan bimbang Covid-19 kembali menyerang sudah pasti tidak mahu menghantar anak mereka.

Akhirnya, perniagaan ini terjejas dan menyebabkan lebih banyak pekerja hilang pekerjaan.

Salah siapa perkara ini berlaku? Jika ditanya kepada rakyat sudah pasti jari ditunding kepada politkus yang galak merebut kuasa.

Apa yang berlaku di Sabah sudah tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun.

Hari ini, perebutan kuasa masih berlaku. Lebih gila apabila melibatkan jawatan nombor satu negara.

Sudah pasti apabila berlaku pertembungan politik sebegini, pada akhirnya rakyat yang terkesan.

Persoalannya sekarang bagi politikus-politikus ini siapakah yang lebih penting bagi mereka? Nyawa rakyat atau untuk mengisi tembolok sendiri.

Semua jawapan ini ada pada gerak geri mereka sendiri. Jangan sampai tersilap langkah dan akhirnya memakan diri.

Ingat, populariti yang dapat hari ini belum tentu dapat dipertahankan esok. Jika hari ini kita di atas, mungkin esok kita di bawah.

Kita nanti episod berikutnya.-MamuHaria

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here