Sabah: Bantuan bakul makanan pada yang terkesan akibat PKPB

0
184
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Penduduk Sabah yang tinggal di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh mendapatkan bantuan bakul makanan dengan menghubungi pegawai daerah atau pegawai kebajikan masing-masing.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya, kata Bernama.

“Bantuan bakul makanan tersebut diutamakan bagi keluarga yang menjalani kuarantin di rumah.

“Pusat Kawalan Operasi Bencana Covid-19 daerah akan menyelaras agihan bakul-bakul makanan itu di daerah masing-masing,” kata Shahelmy, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai rungutan sesetengah penduduk yang mendakwa bantuan tidak sampai kepada mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here