Selamat maju jaya Safawi!

0
35
GAMBAR fb/Johor Southern Tigers

CYBERJAYA – “Terima kasih di atas segala kenangan indah ini. Pasti saya akan merindui keluarga JDT dan para penyokong (kami).”

Demikian catat Safawi Rasid di akaun Instagram miliknya, hari ini.

Cukup ringkas, tapi membawa maksud yang mendalam.

Safawi malam ini akan bertolak ke Portugal bagi memulakan langkahnya dalam Liga Primiera Portugal dengan menyertai kelab Portimonense SC.

Sepanjang tiga musim bersama JDT, pemain berusia 23 tahun ini telah melakukan sebanyak 101 penampilan, dan menjaringkan 47 gol, dan turut menyumbang 18 bantuan jaringan.

Dalam umur yang masih muda, beliau telah turut merangkul beberapa kejuaraan, antaranya empat kejuaraan Liga Super, dua Piala Malaysia dan tiga Piala Sumbangsih ketika bersama Harimau Selatan.

Apapun, selamat maju jaya Safawi!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here