Sudahkah kita bersedia hidup bersama virus Covid-19?

0
56
Gambar hiasan

HARI ini sekali lagi negara mencatatkan jumlah kes jangkitan Covid-19 pada angka melebihi 800 kes.

862 kes harian untuk hari ini bukan satu jumlah yang kecil. Seperti yang dijangka Sabah dan Selangor terus mencatatkan pertambahan kes yang sangat ketara.

Malah, kenyataan Ketua Penasihat Saintifik Britain, Sir Patrick Vallance bahawa wabak Covid-19 tidak akan dapat dihentikan sepenuhnya walaupun selepas penemuan vaksin memberikan satu isyarat kepada semua pihak supaya perlu mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ini kerana virus ini sudah berada dalam komuniti dan sukar untuk menghilangkannya 100 peratus.

Pengajaran daripada Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri Sabah baru-baru ini telah memberikan isyarat yang sangat jelas.

Jika SOP gagal dipatuhi maka bersedialah untuk berhadapan dengan ‘malapetaka’.

Justeru, setiap perkara yang membawa kepada kemusnahan dan kemudaratan perlu dielakkan. Seperti yang selalu ditekankan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, sekiranya tiada keperluan, duduk sahaja di rumah.

Jika tidak, kita perlu membayar harga yang mahal jika dijangkiti virus ini.

Lebih membimbangkan, dalam satu pertemuan penulis bersama seorang rakan yang juga perunding takaful, katanya, kemungkinan permohonan bekas pesakit Covid-19 untuk mendapatkan kad perubatan akan ditolak.

Katanya, ini kerana syarikat takaful dan insurans tidak dapat memastikan kesan masa panjang bagi mereka yang dijangkiti Covid-19.

Oleh itu, lebih baik semua mengambil langkah pencegahan dan berhati-hati dari awal. Memanglah rawatan Covid-19 dibuat di hospital kerajaan tetapi jika ditahan selama 14 hari di wad, kemungkinan kehilangan kerja adalah sangat tinggi.

Jadi, beringatlah sebelum kena dan sediakan payung sebelum hujan.-MamuHaria

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here