Sultan Selangor seru ahli politik contohi akhlak Rasulullah

0
71
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor di perkarangan Raudhah dan makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, Madinah ketika menunaikan umrah pada Oktober 2018.

CYBERJAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru agar akhlak mulia dan kebijaksanaan Rasulullah SAW di dalam menyatupadukan umat dijadikan contoh oleh ahli-ahli politik.

Baginda yang bertitah supaya semua ahli politik bersatu padu dan menyokong penuh usaha kerajaan sedia ada di dalam usaha mengatasi masalah penularan wabak Covid-19.

“Rakyat sedang berhadapan dengan kemelut ekonomi yang merudum akibat wabak Covid-19 ini.

“Justeru itu, baginda mahu ahli-ahli politik bersatu dan berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik demi memastikan rakyat terus hidup aman damai, makmur dan harmoni,” titah baginda sempena sambutan Maulidur Rasul 1442 Hijrah.

Titah baginda lagi, perpaduan, kestabilan dan kesejahteraan adalah amat penting untuk meneruskan agenda pembangunan, membina kekuatan dan mendaulatkan negara.

Oleh itu, baginda menyeru sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini, umat Islam diseru supaya terus menghayati dan menghidupkan dua peninggalan Rasulullah SAW iaitu al-Quran dan sunah dalam kehidupan harian.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here