Teruskan amalan norma baharu untuk elak dijangkiti Covid-19

0
47
Gambar hiasan

PANDEMIK Covid-19 telah banyak merubah kehidupan kita. Ini termasuklah apa yang kita
panggil sebagai budaya norma baharu seperti pemakaian pelitup muka, mencuci tangan dengan kerap, penjarakkan fizikal dan sebagainya.

Norma baharu seperti ini patut dibudayakan agar kita dapat terus hidup di dalam suasana yang bersih dan sihat.

Bila kita sedar akan kepentingan menjaga kesihatan, secara automatik kita juga akan peduli dengan kebersihan.

Begitulah juga sebaliknya. Cetusan definisi baharu kebersihan dan kesihatan ini mungkin juga disebabkan oleh penyebaran virus ini melalui udara, malah oleh sesiapa yang bersin atau batuk.

Apatah lagi kes-kes terbaru setakat ini membuktikan bahawa tidak semestinya seseorang yang dijangkiti itu bergejala.

Ada juga yang sihat namun sebenarnya pembawa virus. Kes-kes seperti ini di
panggil sporadik dimana asal usul jangkitan tidak diketahui . Pembawa tidak bergejala ini
hanya boleh dipastikan positif Covid-19 melalui ujian rPT-PCR (real-time reverse
transcription polymerase chain reaction).

Oleh kerana kes bersifat sporadik ini semakin banyak, pemeriksaan suhu menjadi semakin tidak praktikal, walaupun tetap diperlukan.

Maka, disamping langkah pencegahan sedia ada, kita juga patut membudayakan amalan
mandi selepas berada di luar untuk waktu yang lama bagi menghindari kuman daripada
merebak.

Amalan sebegini amat baik dan boleh menyumbang kepada pengurangan kes
Covid-19. Walaupun tidak terlalu signifikan impaknya, namun amalan dan budaya seperti ini sedikit sebanyak boleh membantu kita serta mendidik anak-anak kecil menjaga kebersihan.

Seiring dengan amalan normal baharu dan gaya hidup sihat, produktiviti rakyat juga akan meningkat.

Ini akan membantu peningkatan pengeluaran produk atau perkhidmatan. Pertumbuhan ekonomi juga akan meningkat.

Jika semua rakyat bekerjasama mengamalkan kesemua budaya normal baharu dan hidup sihat ini, kita akan dapat membantu pemulihan ekonomi negara secara langsung dan tidak langsung.

Walaupun ada ketikanya amalan normal baharu ini sedikit menyusahkan, namun jika kita konsisten mengamalkannya, kita akan menjadi biasa hidup dalam keadaan bersih dan selamat dari kuman atau virus. Amalan budaya baharu ini perlu diteruskan walaupun vaksin Covid-19 telah dihasilkan.

Sama-samalah kita bersabar menjaga kebersihan dan kesihatan seiring dengan pembudayaan normal baharu agar rantaian Covid-19 ini dapat kita putuskan.-MT

Oleh: Herniza Roxanne Marcus,
(Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Sabah, Kota Kinabalu)

PENAFIAN: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Malakat Tribune

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here