Titah Agong: Perdana Menteri, Kabinet akan bincang langkah seterusnya

0
639
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jemaah menteri akan berbicang dengan lebih lanjut titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bahawa tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat di negara ini.

Perdana Menteri berkata, keutamaan jemaah menteri dan kerajaan sekarang adalah untuk melindungi rakyat daripada wabak Covid-19.

“Saya menjujung kasih di atas kepercayaan Seri Paduka Baginda kepada kerajaan pimpinan saya.

“Dan saya menyambut baik nasihat supaya kestabilan kerajaan tidak diganggu gugat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Petang tadi selepas mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan kerajaan untuk melaksanakan darurat dalam usaha untuk memerangi ancaman wabak Covid-19 di negara ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here